tanggal 16/11 genaplah dua tahun kita bersama
pada tahun awal kita berkasih
semuanya berjalan lancar
tiada sebarang persengketaan
kau sentiasa sabar melayan kerenah ku
kau sentiasa tersenyum walau aku bermasam muka
kau sedia mendengar segala cerita
kau mampu mengubati luka
tapi...
kaunmula berubah bila kau mengenalinya
aku kerap kali mendengar aduan
kau dan dia sering bersama
tapi...
aku masih tidak menghiraukannya
aku anggap itu semua kenyataan palsu
kerana aku masih lagi tidak mampu membuktikannya
kau kini kerap kali memarahiku
kau sentiasa sibuk dengan tugasan mu
kita sering kali bertegang urat
aku hanya mampu bertahan
sampai bila aku harus diperlakukan seperti ini
aku rindukan dirimu yang dulu
selagi aku mampu bertahan
aku akan tetap bertahan.
No comments:
Post a Comment