Thursday, August 19, 2010

Selamat Tinggal Sayang...

aku tidak berdaya lagi
menaggung segala ini
luka lama berdarah kembali
bila aku ditinggalkan lagi

dulu kau pernah katakan
aku kau tak akan kau tinggalkan
janji mu ku pegang erat
biar ia tak terlepas

tapi...
disaat kita mencapai kebahagiaan
ada yang datang menuntut penjelasan
aku bingung tidak keruan

aku memohon penjelasan
untuk ku menjawab persoalan
agar tidak timbul pergaduhan
karna aku tidak mahu mengikut perasaan

kau pilih untuk bersamanya
dan membiarkan aku sendirian
tanpa sebab yang boleh diterima pakai
tak mungkin di terima akal

tiada lagi yang ku harapkan
aku hanya mampu mendoakan
kau bahagia bersamanya
walau hatiku dibendung rasa kecewa.

No comments:

Post a Comment