Thursday, August 19, 2010

Sayang Kasih...

pertemuan pertama tanpa dijangka
ada satu rasa yang menjelma
tanpa sedar kita telah lama bersama
mangikat janji ke mahligai bahagia

kini aku mampu tersenyum kembali
luka lama telah ku buang pergi
jauh dari diri
agar ada ruang untuk dirimu di hati

hatiku kini tidak lagi sepi
setelah kau datang membawa sinar mentari
yang sentiasa memancar ke dalam hati
memberi aku rasa kasih yang suci

tenang hati
setenang suasana pantai
damai hati
bila kau menyayangi

biarlah kasih ini suci
sesuci cinta adam dan hawa
semurni kasih laila dan majnun
semanis sayang romeo dan juliet

karna tiada lain yang mampu
menakluk hati dan jiwa
yang aku cinta hanya kau sahaja.

No comments:

Post a Comment